Thursday, September 30, 2010

TewaS...

aku tewas lagi...

aku still gagal mendapat hati wanita 
gagal memikat hati wanita..
gagal menyakinkan wanita ketulusan hati aku...
aku selalu GAGAL...

akutak tahu kenapa aku selalu tewas dalam percintaan, mungkin benar seperti dijangka aku bukanlah manusia sesempurna yang lain kerna aku GEMOK.. kerna aku tiada paras rupa yang menarik..

aku still tewas..
aku still gagal...

kerna itulah aku rela diriku dipergunakan dan aku rela diri aku diperbodohkan sekurang-kurangnya dapat juga aku meraa disayang walaupun semua itu hanya PALSU...

aku tidak kisah apa orang ingin cakap padaku biarlah mereka melebelku seperti orng yg desperate aaupun xmenggunakan akal, aku tidak kisah kerna mereka tidak rasa sepertimana aku rasa.. mereka tidak mengerti sepertimana aku mengerti..

aku tidak kisah menghabiskan wang aku semata2 demi seorang yang hanya mempergunakan aku..
aku tidak kisah menghabiskan segalanya untuk orng yg memperbodohkan aku sebab aku KESUNYIAN!!!

korang xrasa apa yang aku rasa jadi kamu semua mungkin mudah melepaskan bicara tatkala aku sendirian tanggung derita..

aku benar-benar SUNYI..
aku KESUNYIAN...




p/s: aku selalu cuba tenangkan orang tapi aku gagal tenangkan diri aku..

SuperHerO!!

baru sahaja lepas menonton crite SPIDERMAN 3 penuh dengan aksi dan juga berahi...

di dunia kita fantasy kita mempunyai ramai superhero seperti SUPERMAN, BATMAN, POWER RANGER, ULTRAMAN, GABAN, SATRIA BAJA HITAM, ROBIN HOOD, IRON MAN, CICAKMAN, KAPOWW dan ramai lagi tetapi di alam nyata juga kite mempunyai superhero..
superhero dialam nyata mungkin tidak sapa seperti di alam fantasy..
di alam nyata superhero tidak boleh terbang, xda alat2 yang power, xda kuasa mcm naruto, xda mata sharigan n xpandai nak buat ransingan tetapi mereka mampu menyelamatkan, memikat, dan menawan serta berani..

ramai orng yang boleh dianggap seperti superhero di alam nyata ini cume kita saja yang kurang nampak dan mungkin skali kita tidak ingin ambil tahu pasal keHEROan mereka..

aku?? masih tiada tahta superhero, aku xda apa2 yang boleh aku ketengahkan sebagai satu perbuatan yang melayakkan aku digelar superhero tempatan.. dalam CINTA pun aku gagal apatah lagi yang lain..

p/s: nie juga adalah salah satu superhero tempatan... tahniah datuk kerna berjaya tewaskan Lin DAn.. tapi superhero ini perlu mencari penggantinye.. ayuh anak2 muda bangkitlah semua teruskan usahamu untuk kecapi zaman kegemilangan sama seperti kegemilangan DATUK LEE CHONG WEI kita....

Tuesday, September 28, 2010

Kenapa Aku Meminati PENGAKAP!!

BERSATU KITA SEMUA,
PENGAKAP SEMUA BERSAUDARA,
SUSAH SENANG SAMA DIRASA,
MAKAN MINUM MENAGIS DAN KETAWA...

Bagi aku, perkara yang mampu buat aku gembira dan bahagia hanyalah pengakap..
aku tidak kisah orng nak kate aku nie koya ke apa ke..
aku tetap akan berpengakap..
pengakap banyak mengajarku erti kehidupan sebenar...
ilmu pengakap la membuat aku jadi manusia..
aku sayang pengakap..

zaman sekolah: troop 80
kelana: Kelana A Kuantan (Armadillo Rovers)


p/s: ONE WORLD ONE PROMISE!!!

bila saiz jadi ukuran, cinta hanya menjadi mainan..

bila cinta kini xlagi bermakna...

tapi aku bukan gio yang nk nyanyi lagu ini semata2 kerna kecewa tetapi aku hanya manusia yang mampu menulis luahan perasaan dan hati yang selalu terluka dek kerna kecewa dengan pandangan manusia yang lebih memandang kepada paras rupa...

pernah seorang sahabatku berkata NOK SMART XPAYOH JADI FAHRIN AHMAD, JADI SUPO AFLIN SHAUKI PUN XPO JANJI SMART..


Tapi masalahnye wanita dan lelaki skang memandang rupa paras dulu bru hati budi.. ANDA XPERCAYA??

aku tidak perlukan kepercayaan kamu semua dan aku juga tidak perlukan persetujuan kamu semua untuk aku menulis kera aku berpengalaman dan aku pernah alami dan anda jgnlah terlalu percaya pada filem2 seperti cinta kolestrol, buli balik, buli dan juga cinta lluar biasa kerna lebih banyak dusta dari kebenaran...

kemungkinan tidak semua yang begitu dan kemungkinan aku belom ditakdirkan untuk bertemu dgn orng yang xmcm tu tapi yang aku pernah jumpe semuanye begitu..

zaman skang mula skali dipandang adalah rupa, jika rupa hensem akan diminati setelah itu barulah hatinye diperiksa jika atynye tidak baik barulah lelaki tersebut akan disingkirkan, tapi apa pun hensem, smart, macho, berduit, cantik, lawa, ayu, dan cun adalah manusia yang akan dikejar2 oleh semua manusia yang ada di dunia ini. Percayalah jika anda orng yg gemuk, hudoh, miskin, anda akan dipandang sebagai second class dan tempat anda tiada untuk ada dlm hati seorng wanita yang cun..

tambahan pula lelaki gemok skang dah mula dipandang serong oleh wanita2, ramai yang kata orng gemuk nie bukan caring sebenarnye tapi gile seks, orng gemuk nie bukan tulus ikhlas sgt ngan wanita cantik nie tapi berniat untuk menunjuk2 pada orng lain bahawa mereka mampu untuk dapat wanita cantik..
apalah nasib manusia GEMOK!!

p/s: bukan kami minta utk dilahirkan gemuk jadi berilah kami peluang dan jika benar anda rasa malu jika kekasih anda seorang yg gemok jangan;lah anda bimbang kerna kami yang gemok ini xdapat hidup 100 tahun pun.. sampai masa kami pergi juga..

Thursday, September 23, 2010

WANITa......

Wanita@Perempuan@Gadis@Awek@Amoi@Chikaro@Ayam dan sebagainye..

terlalu banyak name yang boleh kite gunakan pakai untuk memberi erti  kepada suatu ciptaan tuhan yang terlalu indah iaitu WANITA. tidak seperti lelaki kerna lelaki ada misai dan ada janggut yang bila disimpan sampai panjang dan tidak ditrim dgn baik akan kelihatanlah wajah yang agak memelikkan.. apapun farid kamil dan aqasha cukup hensem walau berjanggut dan berjambang...
Bukan farid kamil menjadi persoalan dan bukanlah aqasha yang perlu dikupaskan tetapi WANITA!!

Aku adalah seorang manusia yang bergelar lelaki yang tewas kepada wanita dan manusia yang bergelar lelaki yang tidak pandai memenagai hati wanita.

bukan aku berniat untuk memilih tetapi tidak salah untuk aku memilih dan aku rasa aku berhak memilih tapi sampai skang semua wanita yang aku angan2kan sebelom waktu tidurku dan yang bermain didalam mimpi2 indahku aku masih belom dapat HATInya dan CINTAnya..

mungkinkah kerna aku tidak cukup menggunakan ayat2 yang power?? atau aku xcukup caring??
ataupun aku tidak sehensem REMY ISHAK?? FAHRIN AHMAD?? ZIZAN RAJA LAWAK?? ATAU AFLIN SHAUKI(sewaktu muda)??

tetapi dengan jujur dan ikhlasnya setiap lelaki memerlukan seorang wanita untuk dijadikan permaisuri dalam hidup lelaki.. tetapi aku masih gagal dalam pencarianku bukan kerna aku tidak cukup ayat power tetapi aku benar geli ngan ayat power( aku penoh nak tampor memberku fadhli bila die berkata "segala mslh antara kita hr nie membuat kita lebih akrab" terlalu geli!!) bukan aku gagal kerna aku tidak caring tetapi lelaki ini mengambil berat dan menyayangi wanita dengan cara tersendiri (barulah stylo) bukan dengan cara berpegang tangan dikhalayak ramai, menjerit ditengah2 uptown dan menyatakan I LOVE U!!, serta dengan cara MENGEPONG wanita tersebut dan membawa wanita itu kemana saja tetapi menaiki motor KRISS CBN kepunyaan teka kate (aku pernah buat dulu,, eeerr bakhtiar pun penah ngepong naik motor tu terlalu byk dosa motorku.. hurmm nyeal aku,....) tetapi aku akan ada setiap kali aku diperlukan, aku akan menghargai mu setiap masa takkala berjumpa dengan sahabat2 ku dan berbicara soal cinta namamu akan ku ungkap sebagai wanita terhebat walaupun didepanmu aku tidak seperti menghargaimu, benar aku tidak memberi bunga seperti kekasih2 lain disekelilingmu tetapi setiap kesusahan mu aku akan datang meringgankannya mungkin akibat badanku terlalu besar ianya tak dapat dilihat dengan jelas.. dan aku mengaku dengan jujurnya aku kebiasaannya gagal kerna aku tidak smart seperti diinginkan.. tidak seperti remy ishak, zizan raja lawak, fahrin ahmad, brad pitt, syamin bdk umah hijau, dan ramai lagi.. nak buat mcm mane formula doktor rozmey aku tolak mentah2.. mungkin juga kerna itu...


by Teka Kata


p/s: wania dan lelaki saling memerlukan, percayalah....

pembuka ruang untuk mulakan bicara

PEMBUKA KATA RI TEKA KATA...


hari ini pada jam 0232 pagi bertarikh 24 September 2010 akhirnye teka kate mempunyai ruanggan sendiri untuk meluahkan apa yang dirasa, apa yang terasa dan apa yang ingin dirasa. Semuanya adalah jasa baik dari seorang sahabat yang bernama SILANG KATA....


Silang kata banyak mengajarku erti sebenar sebuah kehidupan..
semua manusia boleh dijadikan rakan, kawan, kekasih, abang angkat, adik angkat, kakak angkat
TETAPI untuk menjadi seorang sahabat cukup sukar dan ianya terlalu sukar.
tidak semua orng kite mampu jadikan ianya sahabat kita..
setakat kuku pendek, rambut sikat tepi, baju beriron, dan handle basikal tinggi belom cukup untuk membuktikan die adalah SEORANG SAHABAT yang cukup sejati..


TAPI TUJUAN TEKA KATE MEMBUKA RUANG BUKANLAH KERNA INGIN MEMUJI SILANG KATE TETAPI MELUAHKAN APA YANG DIRASE DAN APA YANG TEKA KATA INGIN eeerrrr ingin tulislah kot (maaplah kerna belom fasih dengan bahasa sasterawan kerna tingkatan 5 aku xamik sastera)

dengan tertubuhnya ruang ni make mungkin banyaklah perkara2 yang menarik bakal teka taka unggapkan nanti.. selamat kita berblog bersama..
Salam sinis dari teka kata...
assalamualaikum...